Sabtu, September 29, 2007

Gerakan Daya Wawasan GDW

PENGENALAN

Gerakan Daya Wawasan adalah satu usaha yang digembelingkan dengan memberi tumpuan khususnya kearah pembangunan sesebuah kampung atau desa dengan matlamat menjadikannya maju,menarik dan menguntungkan sejajar dengan Falsafah Pembangunan Luar Bandar.

Gerakan Daya Wawasan adalah merupakan sintesis strategik dan penambahbaikan daripada dua pendekatan utama pembangunan luar bandar iaitu Hala Cara Baru Pembangunan Luar Bandar (1984) dan Gerakan Desa Wawasan (1996). Terdapat 3 aspek daya yang diberi penekanan iaitu :
1. Daya Manusia
2. Daya Ekonomi
3. Daya Pasaran

KONSEP
Gerakan Daya Wawasan ialah proses peningkatan pengupayaan yang boleh membangkit kesedaran dan pembangunan sikap penduduk desa kearah transformasi kedua luar Bandar. Gerakan ini menekankan kepada penglibatan penduduk desa itu sendiri dalam proses perancangan program pembangunan kearah menjadikan desa lebih maju, menarik dan menguntungkan. Perencanaan program dibuat secara tersusun dan berterusan.

MATLAMAT
Mewujudkan masyarakat desa yang berdaya tahan,berinisiatif,berdikari,berilmu dan memiliki disiplin kerja yang tinggi sesuai untuk permodenan asas.

ASAS GERAKAN DAYA WAWASAN
Penglibatan aktif masyarakat dalam proses pembangunan desa. Gerakan Ini berteraskan kepada sistem kerja dari peringkat bawah ke atas (BUS-Bottom Up Strategy) di mana masyarakat setempat bergerak secara proaktif untuk mengubah dan menentukan ke arah tuju pembangunan kampung mereka. Program dan Aktiviti Gerakan Daya Wawasan dirancang berpandukan 7 inisiatif bagi memenuhi 7 pra-syarat yang dikemukakan dalam Falsafah dan Strategi Baru pembangunan Luar Bandar Tahun 2020.

0 ulasan:

Catat Ulasan